Sabtu, 21 Disember 2013

~ KeSiLaPaNnYa ~

Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir


Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu


Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.......


by ysrzl 2013